Tuesday, May 11, 2021

Lelaki ini hadapi 27 tuduhan penipuan

Mesti baca

KUCHING: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching hari ini atas 27 pertuduhan kes penipuan yang dilakukannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Superintendan Maria Rasid berkata tertuduh berusia 36 tahun itu sebelum ini ditangkap pada 21 April lalu oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial IPK Sarawak.

Katanya sebanyak 20 kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan telah dibuka terhadap tertuduh, yang melibatkan seramai 20 orang mangsa dengan nilai kerugian lebih RM80,000.

“Hasil siasatan tertuduh telah memperdayakan mangsa-mangsa untuk menyerahkan wang tunai dan memasukkan ke dalam akaun bank miliknya dengan nilai antara RM800 hingga RM10,000 kononnya bagi pembayaran membuat kabinet rumah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya tertuduh yang diwakili peguam mengaku tidak bersalah atas kesemua 27 pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Maria menambah tertuduh akan ditahan di lokap Balai Polis Siburan sehingga tarikh sebutan semula kes esok (30 April).

Secara Rawak

Artikel Terbaru