Tuesday, May 11, 2021

Fitnah kahwin dengan penyanyi,usaha jatuhkan karier politiknya, kata Annuar

Mesti baca

Menteri Wilayah Persekutuan  Tan Sri Annuar Musa menyifatkan khabar angin kononnya dia telah berkahwin dengan seorang penyanyi tanah air, yang tular di media sosial sebagai fitnah yang cuba menjatuhkan karier politiknya.

Annuar turut meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan khabar angin yang turut menjejaskan reputasi pihak lain yang tidak berkaitan.

“Saya orang politik tak mengapalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit, tapi janganlah melibatkan orang lain yang juga ada keluarga,” katanya.

“Setahu saya (penyanyi berkenaan) daripada keluarga yang cukup terhormat, saya kenal latar belakang mereka, kalau nak fitnah, libatkan saya sahaja jangan kaitkan orang lain,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak binaan blok tambahan Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz di Kuala Lumpur hari ini seperti dipetik Bernama.

Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata setakat ini dia tidak berniat untuk mengambil tindakan lanjut sebaliknya meminta pihak yang menyebarkan khabar angin berkenaan bermuhasabah.

“Walau bagaimanapun, saya doakan orang tersebut (penyebar) mengambil iktibar bulan Ramadan ini kurangkanlah perkara mungkar, saya tak nak marah-marah, elok sabar sajalah, ” katanya.

Sejak Rabu, tular di Twitter kononnya Annuar, 65, dan penyanyi Nora Ariffin, 48, sudah bernikah sebagai isteri kedua, namun penyanyi berkenaan telah menafikan khabar angin tersebut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru