Tuesday, May 11, 2021

Enam individu dicekup di sarang dadah di Kuching

Mesti baca

KUCHING: Enam individu termasuk tiga wanita dicekup selepas sarang aktiviti penyalahgunaan dadah mereka dekat sebuah bangunan kosong di Jalan Haji Taha diserbu, semalam.

Jurucakap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak menerusi satu kenyataan berkata serbuan Ops Cegah dilakukan oleh seramai 12 pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan.

Dedahnya, kesemua suspek tersebut merupakan warga tempatan masing-masing berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua suspek positif dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tegas kenyataan itu kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

Secara Rawak

Artikel Terbaru