Tuesday, May 11, 2021

Doktor patah tangan dalam kemalangan di Lundu

Mesti baca

KUCHING: Seorang doktor patah tangan kanan akibat kemalangan jalan raya di Jalan Stenggang-Lundu, Kampung Jugan semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 5.22 petang.

Menurutnya, kemalangan membabitkan sebuah kereta Myvi yang dipandu oleh mangsa (doktor) bertembung dengan sebuah lori 3 tan.

“Pasukan Bravo Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau operasi mendapati pemandu Myvi masih tersepit di tempat duduk pemandu.

“Mangsa berjaya dikeluarkan lalu dihantar ke Hospital Umum Sarawak bagi rawatan segera,” katanya hari ini.

Tambahnya, mangsa sebelum kejadian dalam perjalanan dari Lundu balik ke Kuching.

Punca kejadian kini masih dalam siasatan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru