Tuesday, May 11, 2021

4 kluster baharu di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan empat kluster baharu  di Sarawak hari ini.

Menurut kenyataan JPBNS,  dua kluster di Daerah Miri, satu  kluster di Daerah Kanowit dan satu kluster di Daerah Selangau.

“Kluster Jalan Agama, Miri Merupakan satu kluster pusat pembelajaran di Miri,’ katanya.

Jelasnya, Kluster Air Padang, Miri merupakan kluster tempat kerja melibatkan agensi kerajaan negeri di Miri.

“Kes Indeks ( kepada kluster ini dikesan hasil saringan bergejala di daerah Kuching semasa melawat keluarganya. Saringan kontak rapat di tempat kerja dan ahli keluarga telah dilakukan oleh pejabat kesihatan,” jelasnya.

Jelasnya lagi, Kluster Sungai Ranan, Kanowit merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan dua buah rumah panjang di Sungai Ranan, Kanowit.

“Kes indeks kepada kluster ini dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Kanowit. Pengesanan kes secara aktif dan saringan telah dijalankan melibatkan ahli keluarga serta kontak kerja kepada kes indeks dan saringan bersasar di rumah panjang juga telah dilakukan,” katanya.

Kata kenyataan itu, Kluster Nangga Tajam, Selangau merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Nangga Tajam, Selangau.

“Kes indeks kepada kluster ini dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Sibu pada 26 April 2021. Pengesanan kes secara aktif telah dijalankan melibatkan ahli keluarga dan kontak sosial kepada kes indeks ini,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru