Tuesday, May 11, 2021

Menteri dijangkiti Covid-19

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia  Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan pada malam tadi.

“Sehubungan dengan itu, YB Datuk Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak KKM,” kata satu kenyataan media dikeluarkan pejabat menteri berkenaan, hari ini.

“Buat masa ini, beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital,” katanya lagi.

Media melaporkan Saifuddin tidak menghadiri mesyuarat kabinet semalam.

Sekurang-kurangnya  lima orang menteri persekutuan Kerajaan PN telah dijangkiti Covid-19 setakat ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru