Tuesday, May 11, 2021

Wanita selamatkan warga emas meluncur dari eskalator

Mesti baca

Wanita menjadi heroin selepas menyelamatkan warga emas yang tiba-tiba meuncur turun dari eskalator.

Dalam video yang tular di media sosial, lelaki warga emas yang dilihat meluncur turun dari eskalator di sebuah pasar raya di Kaili, Guizhou.

Sebaik sahaja mendengar dia berteriak meminta tolong, seorang wanita secara spontan berlari ke arahnya dan menggunakan badannya menghentikan kerusi roda tersebut.

Seketika kemudian rakannya turut berlari membantu.

Selepas memastikan warga emas itu selamat, bersama-sama temannya, wanita itu berlari ke arah eskalator mengangkat seorang kanak-kanak yang turut terjatuh dalam insiden tersebut.

“Saya tidak bimbang jika saya cedera, matlamat utama saya menyelamat mereka berdua,” katanya semasa ditemu ramah South China Morning Post.

Lelaki itu tidak mengalami kecederaan, manakala kanak-kanak tersebut cedera ringan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru