Tuesday, May 11, 2021

Sebarang bentuk menghina sistem beraja dikecam

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk tindakan yang membawa kepada penghinaan Sistem Beraja yang telah diamalkan sekian alam di negara ini sejak dari Tanah Melayu sehinggalah pembentukan negara Malaysia.

Menurut  Ketuanya, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, apa-pa jua penghinaan sama ada dalam bentuk karikatur, penulisan, siaran media dan isyarat semuanya adalah satu sikap melampaui yang mesti dielakkan dan dibendung sepenuhnya.

“Sistem Beraja yang diamalkan telah bersebati sejak sekian lama oleh rakyat Malaysia khususnya kaum Melayu kerana Raja atau Sultan di negeri-negeri merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri yang ditadbir manakala YDP Agong pula merupakan ketua negara bagi Malaysia dan juga Ketua Agama Islam di negeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan. Peruntukan ini secara jelas berdasarkan kepada Fasal (2) dan Fasal (5) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Amat membimbangkan pula apabila segala bentuk penghinaan yang berlaku kepada Sistem Beraja pada hari ini dipertahankan dan disokong atas alasan hak kebebasan bersuara. Hak kebebasan bersuara ada sempadannya, biar berdisiplin dan usah menjadi kurang ajar. Islam memberikan hak kebebasan namun Islam jua menetapkan sempadannya iaitu pada perkara baik dan kebajikan sahaja,” ujarnya.

“Kita berpijak di bumi yang realitinya telah menjadi darah daging terhadap penerimaan dan pengamalan Sistem Beraja ini dan ianya mempunyai kaitan yang sangat dekat dengan bidang kuasa Islam yang diperuntukkan,” katanya lagi..

Beliau menegaskan tindakan yang biadab dan penghinaan kepada Sistem Beraja ini hakikatnya mengundang kepada serangan jahat terhadap agama Islam di negara ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru