Monday, June 27, 2022

Pukul isteri kerana cemburu

Secara Rawak

MIRI: Seorang penganggur ditahan kerana disyaki memukul isterinya, akibat cemburu dan menuduh mangsa curang.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditangkap di rumahnya di Taman Bumiko, di sini kira-kira jam 8 malam semalam.

Katanya suspek ditangkap susulan laporan polis yang di buat isterinya, 52, kira-kira jam 6 petang semalam.

“Suspek disyaki menampar isterinya di rumah mereka di Taman Bumiko.

“Kejadian berpunca akibat perasaan cemburu dan suspek menuduh isterinya curang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hakemal menambah, siasatan awal mendapati suspek berhenti kerja sejak 2016 dan menjadikan isterinya sebagai pencari nafkah bagi keluarga.

Katanya suspek di reman hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2005.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru