Tuesday, May 11, 2021

Najib: Menteri dah mula cakap macam Lim Guan Eng

Mesti baca

SETELAH kantoi belanja RM600 bilion dan nak korek dana KWAN sebanyak RM16.9 bilion, Menteri Kewangan PN beri alasan kerajaan terbeban dengan hutang RM32 bilion 1MDB pulak.

Dah mula cakap macam Guan Eng ni walaupun ini bulan Ramadan.

Ratib hutang 1MDB tapi tak jelaskan berapa dana yang sudah dibayar balik dan aset-aset yang masih dalam 1MDB.

Ini realitinya.

Hutang 1MDB ditinggal BN: RM32.2 bilion

Hutang 1MDB pada tahun 2021: RM32.3 bilion

(satu sen prinsipal hutang pun tak pernah dibayar PH dan PN sejak PRU14)

Dana diperolehi dan diumum kerajaan setakat ini:

– dikembalikan oleh DOJ: RM2.7 bilion

– penjualan kapal Equanimity: RM523 juta

– penyelesaian Riza Aziz: RM443 juta

– penyelesaian Goldman Sachs: RM16.1 bilion

– penyelesian Ambank: RM2.83 bilion

– penyelesaian Deloitte’s: RM324 juta

– penjualan 60% Bandar Malaysia tahun 2019: RM7.41b

– penjualan tanah Pulau Indah milik 1MDB: RM416 juta

– penjualan tanah Pulau Pinang milik 1MDB: RM2.7 bilion

Jumlah yang telah diambil balik kerajaan setakat ini: RM33.4 bilion

(ke mana perginya duit ini dan kenapa tak guna untuk selesaikan sepenuhnya hutang RM33.2 bilion 1MDB?)

Dana belum diumum kerajaan:

– penyelesaian KPMG: dalam rundingan

– penyelesaian Wong & Partners: dalam rundingan

– penjualan Bangunan Exchange 106: belum diumum

– penyelesian dengan IPIC, Abu Dhabi (masa BN ianya sebanyak RM21 bilion): dalam rundingan

Aset yang masih tinggal dlm 1MDB:

– penjimatan dari penyelesaian IPP berat sebelah ketinggalan PM4 (sebab itu, rizab tunai Petronas naik ke RM176b tapi semua telah dikikis PH dan PN melalui dividen tinggi) Sekitar RM50 bilion

– Pembinaan dan naik taraf 8 pangkalan MINDEF termasuk Sendayan: RM2.7 bilion

– Baki 40% kepentingan dalam Bandar Malaysia: 40% dari GDV RM140 bilion

– 100% TRX: GDV RM40 bilion

Aset-aset ini belum kira lagi ke?

Hutang 1MDB membebankan tapi wang RM33.4 bilion dan baki aset 1MDB yang masih bernilai ratusan bilion Ringgit tak ringankan beban ke?

Aset yang naik RM1.2 trilion oleh kerajaan BN masa saya PM dari RM800 bilion pada akhir 2008 ke RM2 trilion pada akhir 2017 untuk PH jarah dan PN belanja RM600 bilion termasuk tabung KWAN RM16.9 bilion itu tak ringankan beban pulak?

Wang RM600 bilion yang PM8 kata dia belanja itu, PN dapat dari mana? PN menabung dari kecil ke?

SOALAN TAMBAHAN bagi kerajaan dan Jkom: Najib yang jadi mastermind untuk curi RM2.6b tapi orang lain yang bayar gantirugi RM33.4 bilion ke?

Datuk Seri Najib Razak

Secara Rawak

Artikel Terbaru