Tuesday, May 11, 2021

Kura-kura jatuh dari langit

Mesti baca

FLORIDA: Seekor kura-kura dilaporkan terjatuh di atas kenderaan wanita yang memandu di lebuh raya, lapor polis Florida.

Akibat insiden itu cermin hadapan kereta wanita berusia 71 tahun itu pecah dan haiwan itu mendarat di atas kepalanya.

Wanita tersebut menghubungi 911 meminta bantuan.

Seorang lelaki yang membantunya semasa insiden itu mengesahkan objek yang jatuh dan mengenai cermin hadapan keretanya ialah seekor kura-kura.

Haiwan tersebut bagaimanapun selamat, manakala wanita tersebut mengalami luka ringan di atas matanya menurut United Press International.

Pasukan bomba memberitahu kura-kura itu tidak cedera, hanya terdapat tanda calar pada cengkerangnya.

Ia kemudiannya dibebaskan di hutan berhampiran.

Polis percaya haiwan itu mungkin terlempar ke udara dari kenderaan berhampiran ketika kejadian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru