Tuesday, May 11, 2021

Anda tak takut? Ingat, virus maut ini sentiasa mencari mangsa

Mesti baca

Angka jangkitan dan kematian terus naik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 149.328,858.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 3.14 juta manakala lebih 126.98  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Rabu menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 32.92  juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 587,384  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti  India dengan lebih 17.98  juta kes  dan201,165 kematian.

Brazil pula  lebih 14.44 juta kes dengan  395,324  kematian, kedua tertinggi di dunia dari kes kematian harian.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.53 juta dari segi jangkitan dengan 103, 603 kematian.

Rusia, United Kingdom dan Turki  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali, Sepanyol dan Jerman  melebihi tiga juta.

Secara Rawak

Artikel Terbaru