Tuesday, May 11, 2021

SPRM sahkan dua pegawainya ditahan

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan dua pegawai suruhanjaya itu yang dipercayai terbabit dengan kegiatan haram Geng Nicky.

Menurut Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki, SPRM memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-duya pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.

“Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini, malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mereka disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah terancang yang didalangi ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee ditahan di beberapa negeri setakat hari ini.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay dipetik media berkata, mereka ditahan selama 28 hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 130V hingga Seksyen 130ZB Kanun Keseksaan Bab VI B Jenayah Terancang Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma.

Secara Rawak

Artikel Terbaru