Tuesday, May 11, 2021

Sanggup panjat tingkap kerana enggan bayar tambang

Mesti baca

KYIV: Semua orang maklum bahawa anda perlu membayar tambang jika menaiki kenderaan awam.

Sekiranya anda tidak membayar pula, kemungkinan besar anda diusir keluar.

Baru-baru ini, terdapat video menunjukkan lelaki cuba melarikan diri dengan memanjat tingkap ekoran tidak mahu membayar tambang tular di media sosial.

Video itu dimuat naik di Facebook oleh pengguna bernama Taras Khvyl dengan kapsyen berbunyi: “Beginilah caranya pesalah melarikan diri sebelum polis tiba.”

Menurut laporan media tempatan insiden ini berlaku di Cherkasy Oblast, Ukraine lapor ARYnews.

Video klip itu mengundang pelbagai reaksi dan sebahagian besarnya ketawa dengan telatah lelaki tersebut sambil memberi komen kemungkinan lelaki itu tiada wang untuk membayar tambang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru