Tuesday, May 11, 2021

147 juta dijangkiti, lebih tiga juta terkorban

Mesti baca

Angka jangkitan dan kematian terus naik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 147,780, 699.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 3.12 juta manakala lebih 125.31   juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Isnin menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 32.82  juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 586,152  termasuk 273 kes terbaharu  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti  India dengan lebih 17.30  juta kes  dan 195,116 kematian dan dalam tempoh 24 jam lalu negara itu mencatatkan 2,806 kematian — tertinggi di dunia dari segi kematian harian.

Brazil pula  lebih 14.34  juta kes dengan  390,925 kematian termasuk 1,316  kematian dalam tempoh 24 jam lalu, kedua tertinggi di dunia dari kes kematian harian.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.49 juta dari segi jangkitan dengan 102,856 kematian.

Rusia, United Kingdom dan Turki  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali, Sepanyol dan Jerman  melebihi tiga juta.

Rusia kelima  dunia dengan lebih 4.76 juta kes dengan  108,232   kematian, dan  UK  lebih 4.40  juta kes dengan  127, 428  kematian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru