Tuesday, May 11, 2021

Siapa mangsa Covid-19 seterusnya?

Mesti baca

Pandemik Covid-19 terus agresif dan mengganas. Angka jangkitan dan kematian terus naik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 147,044,389.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih 3.11 juta manakala lebih 124.69   juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Ahad menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 32.78  juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 585,880  termasuk 742 kes terbaharu  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti  India dengan lebih 16.95  juta kes  dan 192,310  kematian dan dalam tempoh 24 jam lalu negara itu mencatatkan 2,761 kematian –kedua  tertinggi di dunia dari segi kes harian.

Brazil pula  lebih 14.30  juta kes dengan  389,609 kematian termasuk 2,986 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, tertinggi di dunia dari kes kematian harian.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.47 juta dari segi jangkitan dengan 102,713 kematian.

Rusia, United Kingdom dan Turki  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali, Sepanyol dan Jerman  melebihi tiga juta.

Rusia kelima  dunia dengan lebih 4.75 juta kes dengan  107,900   kematian, dan  UK  lebih 4.40  juta kes dengan  127, 417  kematian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru