Tuesday, May 11, 2021

Ditahan polis empat kali dalam 24 jam

Mesti baca

CONNECTICUT: Pihak berkuasa menahan Heather Poplasky, 32, dari Plainfield, Connecticut sebanyak empat kali dalam masa 24 jam, menurut polis.

Tangkapan pertama berlaku apabila polis diminta datang ke rumahnya selepas dia dikatakan mengancam mengelar dirinya dengan pisau dan menyalahkan teman lelakinya sebagai puncanya bertindak demikian, lapor WFSB-TV.

Polis mendakwanya atas tuduhan membahayakan nyawa dan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab.

Mereka kemudian membawanya ke hospital untuk pemeriksaan doktor dan semasa di hospital polis Putnam mendendanya kerana berkelahi dengan staf hospital.

Keesokan harinya Poplasky melanggar syarat pembebasannya dari hospital dan kembali ke rumahnya menyebabkan polis kembali menangkapnya dan menambah lebih banyak tuduhan.

Ketika dalam tahanan, sementara menunggu kesnya dibawa ke mahkamah, polis memberitahu dia menyebabkan bilik tahanannya dipenuhi air selepas bertindak memasukkan gulungan kertas tandas dan sampah di dalam bilik air.
Kali ini dia dituduh melakukan kesalahan jenayah dan hasil semua perbuatannya itu, bonnya telah melebihi AS$30,000 (RM123,300) kerana pelbagai kesalahan tersebut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru