Tuesday, May 11, 2021

Centexs komited bantu promosi produk tempatan Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) Commercial komited membantu mempromosikan produk keluaran tempatan menerusi pelbagai platform termasuk dengan mengeluarkan Hamper Raya.

Pengurus Besar Centexs Commercial Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, ia merupakan salah satu inisiatif pihaknya untuk membantu mempromosikan produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan.

“Apa yang paling penting adalah Hamper Raya tersebut mengandungi produk tempatan yang diambil di seluruh pelusuk daerah atau bahagian di Sarawak dan akan dijual dengan tiga kategori harga.

“Dengan cara ini kami boleh membantu komuniti tempatan menjana pendapatan mereka, jika pelanggan membeli produk daripada kami ia juga akan membantu pengusaha tempatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita, dalam sidang media di Heritage Central Café, Jalan Masjid di sini, semalam.

Secara Rawak

Artikel Terbaru