Tuesday, May 11, 2021

Botak tengah kepala, demi halang anak keluar rumah semasa pandemik

Mesti baca

MANILA: Gara-gara sikap anak lelakinya yang gemar keluar rumah semasa pandemik Covid-19, seorang bapa muncul dengan idea memastikan anaknya duduk kekal di rumah.

Antara cara mengekang penyebaran virus ini adalah dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

Namun bagi kanak-kanak yang belum mengerti bahana penyakit ini sukar mereka mematuhinya.

Ekoran itu apabila anak lelakinya tidak mengendahkan larangannya agar jangan keluar rumah, si bapa ini bertindak menggunting rambutnya dengan fesyen yang agak memalukan menyebabkan anaknya menangis kesedihan.

Bapa tersebut mengambil keputusan tidak memarahi atau menghukumnya, sebaliknya memotong rambutnya dengan fesyen botak tengah kepala.

Menurut odditycentral, si kakak memuat naik foto adiknya yang dibotakkan di tengah-tengah kepalanya di Facebook menyebabkan netizen geli hati melihatnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru