Tuesday, May 11, 2021

Zuraida setuju jika Tun Mahathir kerjasama dengan Perikatan Nasional

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, beliau bersetuju sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Saya amat mengalu-alukan sekiranya Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) sertai PN,” katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan bekas Pengerusi Bersatu itu bekerjasama dengan PN,” katanya seperti dipetik Bernama.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program Srikandi Muda Leadership Empowerment, di sini hari ini.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau pernah menyuarakan cadangan agar PN menjalinkan kerjasama dengan Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini.

Media baru-baru ini melaporkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, gabungan itu sedia menerima mana-mana individu untuk menyertainya termasuk Dr Mahathir, namun perlu mengikut semua ketetapan perlembagaan parti tanpa sebarang syarat.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebelum ini mengulangi pendiriannya yang beliau sedia menimbang kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PN hanya sekiranya tiada ‘penyangak’ dalam parti berkenaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru