Tuesday, September 27, 2022

Tiga tahun taman rumahnya dicampak cawan kertas, siapa lakukan?

Secara Rawak

LAKE VIEW: Sepasang suami isteri akhirnya berjaya menyelesaikan misteri individu yang membuang cawan kertas di tamah hadapan rumah mereka selama tiga tahun.

Edward dan Cheryl Patton memberitahu The Buffalo News mereka melakukan pelbagai usaha mencari individu misteri itu

Malah turut memasang kamera di sebatang pokok di hadapan rumah mereka tetapi masih tidak berjaya mengesan pelakunya.

Pelaku vandalisme itu akhirnya dapat dijejak hasil bantuan jiran.

Beberapa jiran dikatakan mengekori sebuah van mini dan mencatat nombor kereta tersebut.

Selepas Edward Patton menghubungi polis, mereka bertindak menahan van milik Larry Pope, 75, yang didakwa oleh Cheryl Patton pernah bekerja dengannya.

Mereka dikatakan bertengkar tentang isu kesatuan.

Polis mendakwa Pope atas tuduhan melakukan gangguan dan disaman kerana membuang sampah di jalan raya.

“Sukar mempercayai seseorang yang saya kenal akan melakukan sesuatu seperti itu, terutama pada usianya,” kata Cheryl Patton kepada The News.

Pasangan itu memberitahu taman mereka kini kembali bersih selepas Pope ditahan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru