Tuesday, May 11, 2021

Sarawak di tangga kedua hari ini, di belakang Selangor

Mesti baca

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan angka tinggi dengan 717 kes Covid-19 sekali gus meletakkannya di tangga kedua dalam kes harian.

Selangor yang berada di tangga teratas merekodkan 748 kes, manakala Kelantan di tempat ketiga dengan 476 kes..

Dalam tempoh seminggu lalu angka yang dicatatkan adalah antara 429 hingga 960 kes, dengan angka tertinggi pernah direkodkan pada 16 April lalu.

Pada 17 April terdapat 512 kes, 18 April 508 kes, 19 April 589 kes, 20 April 600 kes, 21 April 429 kes, dan semalam 474 kes.

Dengan kes terbaharu hari ini, jumlah kes di Sarawak keseluruhannya ialah 26,749.

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes di negara ini setakat ini ialah 387,535, termasuk 2,847 kes hari ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru