Tuesday, May 11, 2021

Petugas barisan hadapan dan penjaja dapat bubur lambuk

Mesti baca

MIRI: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Pujut telah mengadakan agihan lambuk di Pasar Malam Saberkas pada Khamis. 

Ianya telah disempurkan Pengerusi SABERKAS Cawangan Pujut Kaunselor Warziedea Ahmad bersama Pengerusi Persatuan Pasar Malam SABERKAS, Miri Junaidi Mailie. 

Agihan bubur lambuk ini dibahagikan kepada dua bahagian dengan diagihkan kepada petugas barisan hadapan dan penjaja Pasar Malam SEBERKAS. 

Mengulas lanjut, Kaunselor Warziedea berkata ini merupakan program tahunan yang diadakan SABERKAS Cawangan Pujut sebagai memeriahkan sambutan bulan Ramadan. 

Pemilihan Pasar Malam SABERKAS merupakan satu-satunya pasar malam yang boleh beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dan pada masa sama mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). 

Jawatankuasa Persatuan Pasar Malam SABERKAS telah menghadkan jumlah pengunjung memasuki Pasar Malam SABERKAS sebanyak 200 orang mengikut SOP yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Secara Rawak

Artikel Terbaru