Sunday, July 3, 2022

Malaysia di tangga ke-44, Indonesia sudah catat lebih 44,000 kematian

Secara Rawak

KUCHING: Malaysia terus berada di tangga ke-44 di dunia dari segi jumlah keseluruhan angka Covid-19 setakat ini.

Sehingga kini, negara 33 juta penduduk itu merekodkan 378,150 kes jangkitan, termasuk 2,875 kes semalam.

Jumlah kes di Malaysia berlegar sekitar 2,000 dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Jumlah kematian sehingga semalam ialah 1,407.

Bagi negara Asean, Malaysia di kedudukan ketiga, di belakang Indonesia dan Filipina.

Filipina berada di tangga ke-18 dengan 1.62 juta kes, termasuk 6,243 kes semalam.

Dari segi kematian, negara 271 juta jiwa itu merekodkan 44,172 kes, termasuk 343 semalam.

Filipa pula di tangga ke-26 dengan 971,049 kes, termasuk 8,767 kes jangkitan semalam.

Jumlah kematian pula 16,370 termasuk 105 kes semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru