Tuesday, May 11, 2021

Anjing telan AirPod

Mesti baca

HULL: Rachel Hick terpaksa mengejarkan anjingnya Jimmy ke klinik haiwan selepas menyedari ia menelan Airpod miliknya.

Rachel, 22, memberitahu dia tidak sempat mengambil alat tersebut dari mulut Jimmy apabila Airpod itu jatuh dari poketnya.

Berikutan itu Jimmy terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan alat itu dari perutnya.

Menurut Rachel, Airpod terbabit juga masih dapat digunakan.

Insiden ini berlaku pada Hari Easter dan dia sedang merakam foto Jimmy menikmati telur easter untuk dimasukkan ke akaun Instagram milik Jimmy.

Ketika itu Jimmy begitu teruja dan melompat serta berpusing-pusing penuh kegembiraan.

Ketika ia sedang melompat, badannya terkena Rachel menyebabkan Airpod di dalam poket wanita itu terjatuh.

Menurut Arynews,sebelum Rachel menyedari Airpod itu terjatuh, Jimmy sudah pun mengulum dan menelannya. Selesai pembedahan, Jimmy ditahan semalaman di klinik itu dan dibenarkan pulang esok harinya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru