Tuesday, June 22, 2021

Meradong, Sibu, Bintulu, Kuching di tangga atas

Mesti baca

KUCHING: Terdapat 429 kes baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini dengan empat kematian.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, daerah merekodkan kes ialah Meradong (82), Sibu (62), Bintulu (58), Kuching (54), Bukit Mabong (36), Miri (23), Kapit (21), Song (17), Mukah (11), Sarikei (11), Julau (7), Samarahan (6), Kanowit (5), Subis (5), Selangau (5), Limbang (5), Marudi (4), Matu (4), Pakan (4), Sri Aman (2), Pusa (1), Serian (1), Dalat (1), Saratok (1), Beluru (1), Belaga (1) dan Bau (1).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 25,558 kes.

“Daripada 429 kes baharu yang dilaporkan, seramai 64 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan,” katanya.

JPBN menambah, seramai 374 lagi individu dikesan terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.

“Bagi kes kematian pula, kesemuanya dilaporkan di Hospital Sibu yang melibatkan warga emas.

“Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan tiga kluster baharu iaitu Kluster Sungai Lemayong, Meradong, Kluster Duranda Emas, Serian dan Kluster Taman Mesra Bako, Kuching.

“Sebanyak 53 kluster yang masih aktif setakat ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 12 kluster telah merekodkan 96 penambahan kes baharu manakala 41 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru