Tuesday, May 11, 2021

19 di Kuching dikompaun tidak patuhi SOP

Mesti baca

KUCHING: Seramai 19 individu dikompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi dua pemeriksaan berasingan yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata daripada kesemua individu terbabit, tujuh lelaki dan dua wanita dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial ketika berada di Tebingan Kuching.

Katanya kesemua mereka yang berusoa antara 19 hingga 40 tahun didapati melakukan kesalahan itu semasa pemeriksaan oleh pasukan Task Force Balai Polis Sentral kira-kira jam 10.20 malam.

“Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala, katanya 10 orang yang terdiri daripada pemilik, tiga pekerja dan enam pelanggan sebuah bistro di Jalan Ang Cheng Ho dikompaun kerana beroperasi melebihi masa.

Katanya lapan lelaki dan dua wanita terbabit ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuching pada kira-kira jam 10.40 malam.

“Semasa pemeriksaan di dalam premis tersebut, terdapat pelanggan yang sedang berhibur,” katanya.

Merbin berkata kesemia mereka dibawa ke IPD Kuching untuk tindakan lanjut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru