Tuesday, May 11, 2021

Sikap kurang ajar anjing salakan politik Bersatu dibidas

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Muhammad Faiz Na’aman yang dianggap bersikap kurang ajar dengan mengeluarkan kenyataan populis yang boleh mengakibatkan hura-hara politik negara ibarat seekor ‘Anjing Salakan Politik’.

Menurut beliau, tindakan ‘Barking Dog’ MPT Bersatu Muhammad Faiz Na’aman amat memalukan dan dilihat kurang bijak walaupun akan ada yang menganggapnya sebagai hak dan kebebasan bersuara, namun sedemikian ia tidak sewajarnya berlaku malah harus belajar menghormati kepimpinan UMNO yang membantu membina kerajaan Perikatan Nasional.

“Saya Selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO secara tegas ingin nyatakan kenyataan biadap dan kurang ajar Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan ‘Kluster Mahkamah’ sebagai binatang politik yang mempergunakan Ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi, sikap kurang ajar beliau yang mengeluarkan kenyataan populis boleh akibat hura-hara politik negara ibarat seekor ‘Anjing Salakan Politik’,” katanya dalamc satu kenyataan.

“Saya ingin minta YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan atas keceluparan kenyataan yang beliau keluarkan. ‘Anjing Salakan’ ini harus paham dan terima kenyataan penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini adalah kerana sokongan Umno, tanpa sokongan Umno tidak mungkin Presiden Bersatu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia,”  katanya lagi.

Tegasnya, kepimpinan Umno  kini semua meletakkan keutamaan untuk fokus perkukuhkan ekonomi dan kebajikan rakyat dalam kita sedang diuji dengan pandemik Covid-19.

“Kepimpinan Umno menunjukkan contoh yang baik pada rakyat dalam situasi terkini,” katanya lagi

 

Secara Rawak

Artikel Terbaru