Tuesday, May 11, 2021

Penampakan 300 UFO sepanjang pandemk di AS

Mesti baca

NEW YORK: Sepanjang penularan pandemik Covid-19, sebuah laporan menyebut terdapat 300 penampakan Unidentified Flying Object (UFO) di AS yang kebanyakannya dikatakan berlaku di New York.

Setakat ini laporan turut menyebut sudah berlaku lebih 7,000 jumlah keseleruhan penampakan UFO dalam sejarah AS.

New York Times mengatakan, para ufologis berkata, jumlah laporan banyaknya penampakan UFO belum tentu disebabkan penerokaan alien, sebaliknya ia mungkin disebabkan orang ada banyak masa memerhatikan langit sepanjang pandemik.

Justeru, menurut SpaceX dan OneWeb para pemburu UFO kemungkinan besar mempuyai banyak masa melihat peningkatan penampakan UFO sepanjang tahun.

CNET turut menyebut penampakan UFO itu bukan sekadar dari orang biasa, malah terdapat dari ilmuan dari Universiti Harvard turut melaporkan penemuan mereka.

Terdapat laporan mengatakan, Oumuamua dikatakan menjadi sebahagian daripada teknologi alien.

Secara Rawak

Artikel Terbaru