Tuesday, May 11, 2021

Pemimpin parti politik perlu jaga kepentingan ahli

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi maklum berkenaan suara-suara mendakwa kononnya beliau melakukan kesilapan kerana terlalu mengikut kehendak akar umbi.

Menurut beliau, suara-suara mendakwa pandangan lebih 3.3 juta akar umbi parti jangan galak dituruti kerana mereka kurang arif apa-apa yang terbaik untuk Umno.

“Suara dari luar parti itu berfikiran kerana terlalu mengikut kemahuan akar umbi maka Umno terpaksa berdepan pelbagai cabaran.

“Tidak. Umno  tidak begitu. Umno  tidak sesekali akan mengabaikan akar umbinya. Akar umbi Umno yang membentuk parti keramat ini.

“Akar umbi ‘stakeholder’ utama Umno. Pimpinan Umno wajib menjaga kepentingan jutaan ahlinya di seluruh negara,” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam satu kenyataan  di Facebook.

Jelasnya, ini juga bermaksud menterjemahkan apa-apa yang dipersetujui terbaik oleh para akar umbi UMNO untuk parti ini.

“Presiden UMNO sedar jika peperangan dikatakan dimenangkan oleh para prajurit, maka akar umbi UMNO adalah para prajurit parti ini.

“Seramai 3,359,368 prajurit Umno di 191 bahagian dan 21,883 cawangan di seluruh negara akan terus dihormati dan dilindungi kepentingan mereka oleh pucuk pimpinan parti,” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru