Tuesday, May 11, 2021

Mukanya terhentam papan

Mesti baca

WASHINGTON: Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @Abbyalexan memuat naik status suaminya yang terkena hentam papan di mukanya semasa melakukan kerja pembaikan di sekitar rumahnya.

Isterinya melihat rakaman ini menerusi CCTV rumahnya dan memuat naik video tersebut di TikTok.

Video ini menjadi tular selepas bekas pemain bola jaring AS, Rex Chapman menciapkan video ini dalam Twitternya dengan kapsyen berbunyi “Seperti cerita kartun.”

Video tersebut menunjukkan lelaki itu membawa papan untuk membaiki beranda rumahnya. Dia meletakkan kayu itu di tempatnya dan cuba mengatur posisinya menggunakan kakinya.

Namun tanpa disangkanya, papan kayu itu tidak melekat dengan betul sebaliknya ia terangkat apabila kakinya menginjak bahagian hujung papan dan mengenai bahagian mukanya.

Menurut Ary News, pelayar yang menonton video ini bersetuju dengan pendapat Rex dan mendakwa ia menyamai cerita kartun dan filem aksi lucu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru