Tuesday, May 11, 2021

Judi haram: Polis cekup 16 individu di Kuching

Mesti baca

KUCHING: Seramai 16 individu disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian secara haram ditahan polis dalam tempoh seminggu bermula Isnin hingga kelmarin.

Kesemua suspek dicekup hasil 14 serbuan berasingan di kawasan premis terdiri daripada kedai serbaneka 24 jam, kedai kopi dan juga rumah kediaman persendirian sekitar Kuching.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa yang mengesahkan kejadian berkata tangkapan melibatkan dalam talian (JOL), loteri (4D) haram dan berjudi secara terbuka jenis Holo di tempat awam.

Menurutnya kesemua suspek yang ditahan merupakan warga tempatan masing-masing berusia 20 hingga 67 tahun.

“Serbuan pertama di sekitar Gita, Satok dan Tabuan Jaya berjaya menangkap lapan lelaki dan tiga wanita terlibat dalam JOL hasil 11 serbuan dilakukan.

“Manakala dua lagi lelaki tempatan berusia lingkungan 30an ditahan akibat disyaki menjual loteri haram di dua premis berasingan yang menjual telefon bimbit di Jalan Pelabuhan dan di Jalan Setia Raja.

“Sementara itu tiga warga lelaki warga emas berusia lingkungan 60 hingga 67 tahun ditangkap ketika sedang berjudi Ho Hey Hou (Holo) di kawasan terbuka di Jalan Power,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Secara Rawak

Artikel Terbaru