Tuesday, May 11, 2021

Awas, anda mungkin menjadi mangsa…

Mesti baca

Pandemik Covid-19 terus agresif dan mengganas. Angka jangkitan dan kematian terus naik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 142,688,100.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih tiga juta manakala lebih 121.18  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Selasa menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 32.47  juta kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 581, 541  termasuk 487  kes terbaharu  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti  India dengan lebih 15.31   juta kes  dan 180,550  kematian dan dalam tempoh 24 jam lalu negara itu mencatatkan 1,757 kematian — tertinggi di dunia dari segi kes harian.

Brazil pula  lebih 13.97  juta kes dengan  375,049 kematian. Dalam tempoh 24 jam lalu, Brazil merekodkan 1,607 kematian.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.29 juta dari segi jangkitan dengan 101,180 kematian.

Rusia, United Kingdom dan Turki  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali, Sepanyol dan Jerman  melebihi tiga juta.

Rusia kelima  dunia dengan lebih 4.71 juta kes dengan  105,928  kematian, dan  UK  lebih 4.39  juta kes dengan  127,274  kematian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru