Tuesday, May 11, 2021

Pecah masuk kedai hanya mahu pakai baju wanita idamannya

Mesti baca

FUKUOKA: Lelaki dari Fukuoka ditemui cuba mencuri pakaian seragam milik wanita diminatinya.

Insiden tersebut berlaku selepas 8 malam waktu tempatan apabila lelaki itu memecah masuk kedai menjual kudapan ringan yang terletak di dalam sebuah pusat beli-belah.

Setelah memasuki kedai itu dia memakai baju sejuk dan apron milik pekerja wanita diminatinya secara rahsia dan cuba keluar dari pusat beli-belah itu.

Namun, kelibatnya dilihat pegawai keselamatan yang bertindak menangkapnya dan menyerahnya kepada polis.

Semasa ditahan polis, pemuda itu memberitahu dia meminati wanita yang bekerja di kedai tersebut.

Kisahnya yang agak luar biasa itu tular di media sosial dan netizen yang membaca kisahnya memberi pelbagai komen tentang tindakannya.

Menurut soranews. ramai yang musykil dengan tindakannya yang sanggup memecah masuk kedai semata-mata mahu memakai apron wanita diminatinya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru