Tuesday, May 11, 2021

Betulkah hanya Muhyiddin layak jadi Perdana Menteri?

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menangkis dakwaan  Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa bahawa Bersatu dan PN adalah pihak terbaik untuk menerajui negara dengan teraju Perdana Menteri ialah  Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, tanggapan itu mungkin benar untuk Bersatu kerana selain Tan Sri Muhyiddin yang memang sudah menjadi Perdana Menteri, tetapi tidak demikian untuk parti lain.

“Maka, mungkin ya, untuk PPBM anda hanya ada seorang. Tapi tak bermaksud parti lain tak mampu menyaingi,’ katanya dalam satu kenyataan.

Wan Jan juga dipetik sebagai berkata dalam satu wawancara dengan akhbar nasional Melayu semalam bahawa Umno/BN sampai hari ini belum ada calon Perdana Menteri.

“Salah. Umno belum menamakan. Bila hendak menamakan, itu keputusan Umnolah. Setahu kami, PRU bukan esok. Esok, demokrasi Malaysia masih tergendala akibat keputusan darurat. Jadi hendak buktikan majoriti di Parlimen pun tak mampu, apatah lagi hendak PRU segera. Maka, Umno tak tergesa-gesa hendak menamakan calon PM,” tegasnya menangkis dakwaan pemimpin Bersatu itu.

Seperkara lagi,  jelasnya berbeza dengan Bersatu, Umno ada ramai pemimpin berkaliber yang boleh diketengahkan bukan hanya sebagai calon suatu jawatan Perdana Menteri tetapi membarisi kepimpinan secara umumnya, baik di peringkat Persekutuan atau Negeri.

“Untuk PPBM, mungkin mudah sebab fikir hanya satu jawatan, dan sememangnya tiada orang lain untuk jawatan itu. Sesudahnya jika dapat jawatan itu, yang lain mungkin boleh tangkap muat. Tidak untuk UMNO. Pendekatan kami berbeza,” katanya.

Umno  dikatakan berdepan masalah liabliti politik kerana Presidennya berdepan dengan 47 kes mahkamah ketika ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru