Saturday, May 8, 2021

Beli buah epal dapat iPhone

Mesti baca

TWICKENHAM: Seorang lelaki menerima kejutan apabila menerima telefon bimbit baharu iPhone SE selepas membeli sebungkus epal secara dalam talian di Twickenham, England.

Lebih hebat lagi ia bukannya dihantar dengan tidak sengaja oleh pasar aya tersebut sebaliknya ia sebahagian daripada promosi “pengganti khas.”

Nick James, 50, memesan buah epalnya di kedai Tesco Extra di Twickenham apabila pekerja Tesco memberitahunya terdapat satu “kejutan” di dalam beg yang diberikan mereka.

James berasa terkejut dan terharu menerima hadiah tersebut, memuat naik statusnya di Twitter mengucapkan terima kasih kepada Tesco dan Tesco Mobile atas pemberian iPhone tersebut.

Menurut jurucakap Tesco Mobile, mereka memberikan iPhone Apple, AirPod dan peranti Samsung percuma sebagai sebahagian daripada promosi “pengganti khas” sepanjang minggu lalu.

Tesco memilih pembeli yang menggunakan aplikasi “klik dan ambil” secara rawak untuk menerima produk berteknologi tinggi daripada mereka.

Secara Rawak

Artikel Terbaru