Saturday, May 8, 2021

Anda awas, tiga juta sudah mati, 141  juta dijangkiti

Mesti baca

Pandemik Covid-19 terus memperlihatkan sikap agresifnya. Angka jangkitan dan kematian terus naik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 141,302,409.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih tiga juta manakala lebih 119.91  juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Ahad menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 32.37  juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 580,756  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti  India dengan 14.78  juta kes  dengan  177,168 kematian  manakala Brazil  lebih 13.90  juta kes dengan  371,889  kematian.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.26 juta dari segi jangkitan dengan 100,593 kematian..

Rusia, United Kingdom dan Turki  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali, Sepanyol dan Jerman  melebihi tiga juta.

Rusia kelima  dunia dengan lebih 4.69 juta kes dengan  105,193  kematian, dan  UK  lebih 4.38  juta kes dengan  127,260 kematian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru