Tuesday, May 11, 2021

UiTM bantu belia ceburi bidang usahawan

Mesti baca

SAMARAHAN: Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak semalam menganjurkan program webinar bagi membimbing golongan belia dalam bidang keusahawanan di negeri ini.

Program yang bertajuk Penglibatan Usahawan Alumni UiTM Dalam Perusahaan Pemprosesan Makanan Halal itu diadakan secara langsung menerusi Facebook UiTM Sarawak bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi.

Ia merupakan kolaborasi antara Unit Tunas Mekar, Unit Akademi SME Malaysia dan Pembangunan Keusahawanan (MASMED), Unit Rangkaian Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) serta beberapa unit yang lain.

Menurut kenyataan media UiTM, objektif program ini ialah membolehkan usahawan yang terlibat dalam industri makanan halal berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang penglibatan dalam industri berkenaan.

“Ia juga untuk membimbing usahawan muda dalam bidang keusahawanan memandangkan industri tersebut masih baharu dan terbuka luas kepada semua orang.

“Selain itu, ia sejajar dengan hasrat Kerajaan Sarawak dalam usaha menjadikan industri keusahawanan sebagai salah satu hab makanan halal di Kepulauan Borneo,” kata kenyataan itu.

Sesi webinar turut menampilkan dua panel pengusaha yang mempunyai pengalaman dalam industri halal iaitu Pengarah Urusan ZUEMA Enterprise, Normawati Hamden serta

Pengarah Urusan Fezul Foodtech Sdn Bhd, Dr Zulkefli Abdul Rahim.

Secara Rawak

Artikel Terbaru