Tuesday, May 11, 2021

Tiga langkah untuk hentikan polemik darurat Kerajaan PN

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Apakah langkah yang perlu diambil oleh Kerajaan PN untuk tidak  memanjangkan polemik tentang pengisytiharkan darurat.

Menurut Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan,  kerajaan mampu meyakinkan tiada udang di sebalik batu  di sebalik proklamasi tersebut dengan membuka sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, apatah lagi wakil-wakil rakyat hampir selesai divaksin.

“Kuasa mengambil milik aset hospital swasta, mengenakan denda tinggi dan lain-lain kuasa di bawah Ordinan Darurat tidak terkesan pun jika Parlimen bersidang,” katanya.

Selain itu, jelasnya, kerajaan perlu membentangkan perancangan perbelanjaan tambahan.

“Semak dan imbang perbelanjaan kerajaan adalah fungsi asas demokrasi. Sekali lagi, membentangkan perancangan belanja tambahan tahun 2021 untuk dibahas dan disemak oleh wakil-wakil rakyat tak memberi kesan kepada kuasa darurat lain yang sering dijadikan justifikasi,” katanya.

Kerajaan PN, tegasnya perlu memberi jaminan tiada perancangan untuk melanjutkan darurat melangkaui 1 Ogos tahun  ini.

“Sekiranya tidak boleh laksana (1) dan (2) sekalipun, langkah paling utama untuk memberi keyakinan dalam hal ini adalah segera menjamin bahawa darurat akan berakhir pada 1 Ogos, ” katanya.

“Sekali gus ia membuktikan tiada niat untuk demokrasi terus tergendala, termasuklah dalam hal pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat kelak,” tegas beliau.

Secara Rawak

Artikel Terbaru