Tuesday, May 11, 2021

Siapa mangsa seterusnya? 140.50  juta kes jangkitan,  3 juta  maut

Mesti baca

Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 140, 503,280.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  lebih tiga juta manakala lebih 119.32   juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Sabtu menunjukkan  Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 32.30  juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 579,942  sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti  India dengan 14.52  juta kes  dengan  175,673  kematian  manakala Brazil  lebih 13.83  juta kes dengan  369,024  kematian.

Perancis di tangga keempat sudah merekodkan angka 5.22 juta dari segi jangkitan dengan 100,404 kematian..

Rusia, United Kingdom dan Turki  pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Itali, Sepanyol dan Jerman  melebihi tiga juta.

Rusia kelima  dunia dengan lebih 4.68 juta kes dengan  104,795 kematian, dan  UK  lebih 4.38  juta kes dengan  127,225 kematian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru