Tuesday, May 11, 2021

Pekerja dikuarantin: Perkhidmatan kumpul sampah terjejas di beberapa kawasan

Mesti baca

KUCHING: Perkhidmatan pengumpulan sampah di beberapa kawasan di bawah Majlis Perbandaran Padawan akan terjejas selama dua minggu ekoran beberapa petugas operasi subkontraktor Trienekens (Sarawak) perlu menjalani kuarantin.

Pengurus Jabatan Operasi Logistik Trienekens Mason Barau berkata, lebih sepuluh orang pekerja operasi pengumpulan sampah perlu menjalani kuarantin.

“Saya berharap orang ramai bersabar dan pihak kita akan berusaha menangani masalah ini secepat mungkin walaupun pengumpulan sampah akan ditangguhkan.

“Kita berharap agar penduduk sekitar MPP dan pemilik perniagaan akan menguruskan sisa buangan mereka dengan penuh bertanggungjawab dan menjaga kebersihan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Antara kawasan yang terjejas ialah Taman Boulder Built, Kampung Sandong, Taman Country Vale, Taman Inspire Height, Taman Inspire Height 2, Top Green, Taman Kwong Tiong, Lotak Villa, Taman Greengate, Stephen Yong Lorong 2A, 2A1, 2B & 2C, dan Stephen Avenue.

Selain itu, Jalan Batu Kawa, Taman Segedup, Taman Lovelyland, Kampung Stapok Lorong 1, 2, 3, 3A, 4, 4C, 4A5, 5B, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12, Kampung Segedup, Taman Sri Segedup , Chungnion Villa, SMK Batu Kawa, Taman Rimba, dan SK Batu Kawa.

Kawasan kem tentera seperti (rumah pangsa, Jabatan logistik, Jabatan Mekanikal dan Jabatan Pentadbiran), Taman Grace Villa, perumahan sekitar Beutiful Garden (Lorong Field Force 1 hingga Lorong Field Force 12), Royal Garden, Taman Batu Kawa Heights, Taman Tropimas, dan Taman Botanika.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Trienekens di 082-612300.

Secara Rawak

Artikel Terbaru