Tuesday, May 11, 2021

Dapatkan bubur lambuk pandu lalu di Masjid Jamek , Masjid Bandaraya Kuching

Mesti baca

KUCHING: Orang ramai di sekitar bandaraya Kuching dijemput hadir untuk mendapatkan bubur Masja-Sa secara percuma di Masjid Jamek Negeri Sarawak dan Masjid Bandaraya Kuching.

Program tersebut merupakan program tahunan sepanjang bulan Ramadan dan dianjurkan oleh Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, terdapat sedikit kelainan tahun ini berbanding penganjuran tahun-tahun lalu.

“Pada tahun-tahun sebelum ini, agihan dilakukan sepanjang bulan Ramadan namun tahun ini program berlangsung selama 10 hari sahaja iaitu bermula 13 hingga 22 April dengan masa pengagihan dilakukan selepas solat Asar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Nguar dan Pengagihan Bubur Masja-Sa di perkarangan Masjid Jamek Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Sementara itu katanya, dari segi pengagihan pula akan dilakukan secara pandu lalu bagi melancarkan proses pengagihan mengambil kira keadaan semasa pandemik Covid-19.

Selain itu katanya, para pengunjung juga tidak perlu membawa bekas masing-masing kerana bubur telah siap dibungkus di dalam bekas yang disediakan.

Turut serta dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamad Feisal Said, ketua-ketua pegawai serta ketua-ketua bahagian LAKMNS.

Secara Rawak

Artikel Terbaru