Tuesday, June 22, 2021

Vaksin CanSino untuk Sarawak: KKM sedia percepat perolehan

Mesti baca

KUCHING:  Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kerajaan Persekutuan memahami keperluan vaksin dos tunggal untuk Sarawak, justeru bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak bagi mempercepatkan perolehan vaksin berdos tunggal CanSino buatan China, untuk digunakan di negeri itu.

Ini katanya khususnya bagi rakyat yang tinggal di kawasan pendalaman, yang mungkin menyukarkan mereka untuk mendapat dos kedua jika menggunakan vaksin lain.

“KKM bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak untuk percepatkan perolehan CanSino,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Memorandum Persefahaman antara Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dan Pfizer (Malaysia) di ibu kota seperti dipetik Astro Awani.

“Vaksin CanSino (memang) lebih baik sekiranya digunakan untuk pendalaman kerana ia hanya memerlukan satu dos sahaja. Dan ianya juga efektif, untuk kita beri vaksinasi kepada mereka yang sukar datang kali kedua,” katanya lagi.

Semalam Timbalan  Ketua Ketua Menteri Datuk  Amar Douglas Uggah Embas  berkata beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Menteri Penyelarasa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin, dan telah memohon sekitar 600,000 hingga 800,000 dos CanSino.

Secara Rawak

Artikel Terbaru