Tuesday, May 11, 2021

Pukul, tampar, rotan bodyguard:  Majikan tiada sifat kemanusiaan

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyifatkan  tindakan majikan memukul, menampar, merotan dan mengugut dua pengawal peribadi menggunakan pistol adalah sikap antiagama atau Islamofobia.

Menurut Presidennya, Mohd Zai Mustafa,  tindakan itu bukan sahaja menunjukkan sifat tidak berperikemanusiaan, bahkan secara jelas melanggar Undang-undang Buruh.

“UMMAH memandang serius tindakan majikan yang memukul pengawal peribadi dengan rotan dan mengancam dengan mengajukan pistol kerana tidak suka dengan pengawal tersebut berpuasa,’ katanya dalam satu kenyataan.

“Tindakan yang diambil secara wewenang memukul dan mengancam dengam pistol adalah perbuatan jenayah dan terkait dengan membenci amalan dan hak asasi manusia bagi kebebasan beragama di negara ini.

“Tindakan majikan tersebut memperlihatkan sikap yang antiagama, di luar batas perikemanusiaan dan melanggar undang undang perkerja dan majikan di negara ini,” katanya  sambil menambahperbuatan tersebut juga sangat bertentangan dengan amalan semua agama yang ada di negara ini.

Menurutnya semua agama dituntut menghormati amalan agama masing-masing sebagaimana yang tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan bagi menjaga keharmonian dan perpaduan nasional.

“Tiada paksaan kepada mana-mana pihak untuk menghalang amalan agama seseorang individu terutamanya Islam sebagai agama persekutuan.

“Tindakan tegas dan pantas yang diambil oleh pihak polis sangat wajar diberi pujian dan sokongan bagi menyelasaikan isu ini dan menjaga ketenteraman awam di negara ini,” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru