Saturday, May 8, 2021

Jangkitan pandemik meningkat di beberapa negara

Mesti baca

Tidak setakat di Malaysia merekodkan lebih 350,000 kes positif Covid-19, banyak negara di dunia melaporkan penularan wabak ini turut meningkat.

Global setakat ini mencatatkan lebih 139 juta kes positif dengan hampir 3 juta kematian di 216 negara.

Lebih 118 juta pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh.

Kes jangkitan sempat turun pada Februari lepas sebanyak 16 peratus, kini walaupun sudah ada vaksin, Clovid-19 meningkat di beberapa negara.

Malaysia bercadang melarang kebiasaan balik kampung menjelang Aidilfitri dalam kalangan warga

Di India, direkodkan muncul 200,000 kes baharu Covid-19.

Jumlah jangkitan baharu dalam sehari meningkat dua kali ganda sejak awal April, dengan jumlah kumulatif 14.1 juta kes.

India juga menambah jumlah positif jangkitan hampir 175,000 orang, menurut data kementerian kesihata.

Thailand juga turut mencatatkan hampir 1,000 kes harian selama beberapa hari berturut-turut ketika cuti tahun baru Songkran bermula.

Selain itu, perayaan dan aktiviti Songkran dibatalkan manakala pihak berkuasa menggesa orang ramai tidak melakukan perjalanan yang tidak penting.

Pakar kesihatan menyatakan kebimbangan kemungkinan berlakunya lonjakan jangkitan selepas festival Songkran kerana ramai pulang kampung ketika itu.

Sementara, Jepun membatal larian obor Olimpik kerana melonjaknya kes Covid-19.

Gabenor wilayah Ehime, Tokihiro Nakamura mengatakan mereka membatalkan larian di kota Matsuyama.

Seterusnya sambutan untuk ketibaan obor diadakan dengan cara yang tidak melibatkan penonton biasa.

Di Phnom Penh, peningkatan mendadak kes Covid-19 meletakkan Kemboja seolah-olah di “ambang kematian” menurut Perdana Menteri Hun Sen.

Ketika ini penguncian dilaksanakan di ibu kota Phnom Penh dan bandar berdekatan.

Minggu lalu pihak berkuasa mengatakan bilangan katil hospital Phnom Penh semakin berkurangan menyebabkan beberapa sekolah dan dewan perkahwinan diubah menjadi pusat rawatan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru