Saturday, May 8, 2021

AS sahkan video UFO tulen

Mesti baca

WASHINGTON: Kementerian Pertahanan AS di Pentagon mengesahkan ketulenan video perihal UFO berbentuk piramid yang tersebar di media baru-baru ini.

Jurucakap Pentagon, Sue Gough berkata, foto dan video berkaitan objek hijau berkelip-kelip itu diambil oleh personel Angkatan Laut pada 2019.

Gough turut mengesahkan personel Angkatan Laut yang lain turut merakam tiga UFO lainnya berbentuk bulat, lonjong.”

Memetik CNN, Gough berkata: “Seperti yang dikatakan sebelum ini, untuk menjaga keselamatan operasi dan mencegah kebocoran maklumat, kementerian tidak membincangkan detil berkaitan kejadian di luar angkasa.”

Beliau mengaku UFO menjadi bahan kajian pada Ogos 2020 lalu lalu dengan perisikan AS menyampaikan laporan di hadapan Kongres pada Jun ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru