Saturday, May 8, 2021

Lampu isyarat untuk unta

Mesti baca

BEIJING: Kerajaan China berpendapat unta mempunyai hak menggunakan lampu isyarat, justeru kerajaan membina lampu isyarat khas untuk kegunaan haiwan tersebut baru-baru ini.

Lampu isyarat itu dibina di kawasan Gunung Mingsha dan Crescent Spring di kota Dunhuang lapor Global News.

Kawasan tersebut yang terletak di wilayah Gansu merupakan tapak popular bagi pelancong yang datang untuk merasai pengalaman menunggang unta.

Objektif utama membina lampu isyarat itu adalah bagi mengelak pertembungan kenderaan dengan unta menurut laporan media lagi.

Lampu isyarat itu dibina seperti lampu isyarat untuk kenderaan, ia berubah warna menjadi hijau untuk memberi laluan kepada haiwan itu melintas jalan dan apabila lampu bertukar merah, haiwan-haiwan itu perlu berhenti.

Gunung Mingsha juga dikenali sebagai Gurun Menyanyi kerana pasir di kawasan itu mengeluarkan bunyi seperti nyanyian atau bunyi dram apabila angin bertiup.

Secara Rawak

Artikel Terbaru