Saturday, May 8, 2021

Terasa diperhatikan seseorang, ketika lelaki cuci kusyen berwajah David Bowie

Mesti baca

UK: Seorang lelaki memberitahu dia “hampir mengalami serangan jantung” kerana menyangka dirinya diintai seseorang dari mesin basuhnya.

Melalui ciapan di akaun Twitternya, lelaki tersebut memberitahu dia melihat wajah menyeramkan itu mengintainya di sebalik pakaian yang sedang dicucinya di dalam mesin basuhnya.

Setelah diamati rupa-rupanya ia sebiji bantal yang dihiasi wajah penyanyi terkenal David Bowie.

Alex terlupa dia sedang mencuci kusyen tersebut. Menurut AP News, pengalamannya yang melucukan itu mendapat respons emoji ketawa kebanyakan pengikutnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru