Tuesday, May 11, 2021

Projek Transit Aliran Massa sedia sistem pengangkutan efisien

Mesti baca

KUALA LUMPUR:  Projek  Transit Aliran Massa 3 (MRT3) bakal mengurangkan kesesakan jalan raya dan menyediakan sistem pengangkutan yang efisien, kata Ahli Dewan Negara Senator Idris Ahmad.

“Saya menyokong penuh inisiatif tersebut kerana ia sudah pasti akan memberi banyak manfaat kepada semua rakyat, khususnya penduduk di Lembah Klang. Selain itu, projek ini juga bakal mengurangkan kesesakan jalan raya dan menyediakan sistem pengangkutan yang efisien.” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru,  beliau mengesyorkan beberapa cadangan untuk diambil berat oleh pihak kementerian dalam pelaksanaan projek MRT3:

Katanya, membuka peluang penglibatan perunding dan kontraktor tempatan, terutamanya kepada golongan bumiputera sekurang-kurangnya sebanyak 80 peratus dan bukannya 30 peratus seperti kebiasaan sebelum ini.

“Saya percaya bahawa golongan profesional tempatan telah mempunyai cukup pengalaman dan kelayakan untuk melaksanakan projek MRT3 setelah terlibat dengan projek-projek besar sebelum ini seperti MRT, LRT dan keretapi. Di samping dapat mengurangkan kos projek, perunding tempatan juga pastinya akan lebih memahami keadaan geotechnical, kesan cuaca dan sosial budaya tempatan bagi menepati kehendak reka bentuk yang sesuai bagi tujuan kegunaan, operasi dan penyelenggaraan MRT3,” jelas belia

Beliau juga mengesyorkan keutamaan diberi kepada penggunaan produk tempatan yang setanding dengan produk luar negara di bawah pantauan ketat MRT Corp dalam melaksanakan projek ini supaya perkembangan teknologi di dalam negara sentiasa bertambah baik.

“Memastikan projek ini tidak dimonopoli oleh syarikat-syarikat besar sama ada dari dalam atau luar negara semata-mata. Ia hendaklah diuruskan sendiri oleh MRT Corp dan membahagikannya kepada beberapa skop sederhana dan kecil mengikut kesesuaian yang sepatutnya. Ia juga bertujuan supaya lebih banyak peluang diberikan kepada perunding dan kontraktor yang berkapasiti kecil dan sederhana untuk terlibat sama tanpa menjejaskan kualiti penghasilan MRT3<’ katanya lagi.

Katanya,  langkah perlu diambil untuk meluaskan capaian manfaat projek ini kepada keseluruhan rakyat Malaysia dengan memperbanyakkan reka bentuk dalaman serta hiasan stesen dan koc MRT bercirikan nilai budaya dan hasil kraf tangan tempatan.

“Besar harapan saya untuk melihat agar projek MRT3 ini dapat memberikan 1001 kebaikan kepada rakyat dan negara Malaysia yang tercinta<’ katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru