Saturday, May 8, 2021

Ludah muka pengurus pasar raya, enggan pakai pelitup muka

Mesti baca

TOCHIGI: Polis di Nasukarasuyama, Tochigi Prefecture, menahan lelaki berusia 67 tahun atas tuduhan menyerang selepas dia memukul dan meludah pengurus pasar raya.

Pengurus tersebut dikatakan memintanya memakai pelitup muka semasa berada di premis tersebut.

Polis memberitahu Hiroshi Chiba, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap memasuki pasar raya Tanokura tanpa memakai pelitup muka.

Apabila diminta memakai pelitup muka, Chiba marah lalu meludah dan menumbuk muka pengurus itu.

Japan Today memberitahu semasa ditahan polis, dia mengaku menolak pengurus itu, tetapi menafikan meludah mukanya sebaliknya mendakwa dia hanya batuk ke arah mangsa.

Pekerja pasar raya itu memberitahu Chiba selalu membeli barang di pasar raya tersebut tetapi dia tidak pernah memakai pelitup muka dan tidak mengendahkan permintaan mereka memintanya memakai alat tersebut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru